Timbalan presiden Star letak jawatan, mahu sertai Warisan - Laporan


Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Kong Fui Seng dilaporkan meletakkan jawatan dari partinya.

Portal berbahasa Inggeris The Star memetik presiden Star Jeffrey Kitingan yang mengesahkan perkara itu hari ini.

"Dia (Kong) telah menemui saya, memberitahu saya bahawa dia telah bertemu dengan (Presiden Warisan) Mohd Shafie Apdal. Saya belum menerima suratnya. Ini adalah masalah politik pejabat yang tidak dapat ditanganinya," katanya seperti dipetik laporan itu.

Laporan itu mendakwa bahawa Kong akan menyerahkan permohonannya untuk menyertai Warisan ketika Shafie mengunjungi Keningau pada hari Rabu.


Peletakan jawatan itu berlaku ketika pilihan raya negeri Sabah semakin hampir.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 12 September, sementara hari pengundian adalah pada 26 September.